
|
Jangan Tersungkur Dari Jalan Keimanan
Friday, 22 November 2013 @ 08:29 | 0 Comment [s]
Assalamualaikum... Maaf kerana sudah lama menyepi diri. Allah, hanya Dia sahaja yang tahu betapa besar rasa bersalah dalam hati... Bismillahirrahmanirrahim... Hitung-hitung sudah berapa lama kita hidup dalam dunia sementara ini? 17? 18? 19 atau.. 20? Masya Allah. Alhamdulillah kepada Dia Maha Pemberi segala kebaikan untuk makhlukNya di muka bumi. Maha Besar Dia yang sentiasa memberi walaupun kita selalu menyakiti. Selalu sahaja berpaling dari pandangan dan panggilan Illahi. Allahu. Rasa bahagia sangat apabila melihat mereka-mereka yang semakin mendekati jalan Allah. Perlahan-lahan melabuhkan tudung, berstokin lengan dan kaki. Menjaga ikhtilat dan pandangan lelaki dan perempuan. Alhamdulillah bagi yang masih setia berjuang dalam mempertahankan keimanan. Yang memasuki medan dakwah samada yang baru berjinak-jinak atau sudah master. Alhamdulillah! Semoga beroleh pertolongan Allah selalu. Bagi mereka yang tersungkur dalam gejolak nafsu, sungguh Allah selalu bersamamu. Andai dia mengetuk pintu kesedaran, cepat-cepat bangun dari pembaringan kelalaian. Baru-baru ini ada jumpa kawan. Alhamdulillah, cantik orangnya. Tapi sayang, auratnya masih terbuka. Allahu, tak tahu macam mana nak tegur dia lepas ni. Pasti susah sebab saya sudah jarang bergaul rapat dengannya. Al maklumlah, dia pun sudah bekerja. Rezeki halal, insyaaAllah.. Saya cuba jugak pastikan wajah saya ni kekal tersenyum, tak jatuh sikit pun. Kerana saya tahu jauh di hati dia, dia dambakan kasih sayang Allah dan ganjaran baik di akhirat sana. Cuma dia belum bersedia dan rasa tak layak. Bukan dia seorang, ramai sangat kawan-kawan yang dah tersungkur dalam perang mempertahankan keimanan ini. Ramai sangat. Terlalu ramai.. Sungguh, rasa sangat berdosa sebab tak mampu "tarik" mereka macam semasa sekolah rendah dulu. Sekarang, saya cuba berdakwah bil hal kerana tidak mahu mengguris mana-mana hati yang terdetik ke arah Islam ini. Saya lihat mereka tersenyum. Saya berusaha raikan mereka, berlawak dengan mereka. Tak mahu mereka terguris hati, tersalah sangka dengan taman Islam ini sekiranya tersalah bicara. Sebab, sudah ada orang terdekat saya yang salah sangka dengan tarbiah Islam dan orang alim-alim ni. Hanya kerana mereka tidak beramal dengan ilmu. Belajar agama tetapi perangai terlebih teruk daripada mereka yang sekolah biasa. Allahu.. Itulah cabaran mereka yang ditarbiah. Beramal dengan ISTIQOMAH. Itu mereka yang environmentnya diuji begitu. Bagaimana pula mereka yang memang dibesarkan daripada keluarga yang beragama, rancak berbicara soal iman dan taqwa dsb? Apabila dicampakkan ke lautan dengan geloranya, ada hati-hati yang lemah dalam mengekalkan iman dalam diri. Ada hati-hati yang sudah tidak mampu menjaga ikhtilat lelaki dan perempuan. Ingat, lelaki dan perempuan tidak sepatutnya berhubungan melainkan atas urusan yang betul-betul penting sahaja. Takkan dah lupa? Kesal apabila orang yang pernah berhujah tentang hubungan lelaki dan perempuan akhirnya lalai dalam menjaga perhubungan. Orang yang memberi panduan dan video Fatimah Syarha bagi mengatasi masalah iktilat, cinta lelaki perempuan. Tapi akhirnya dia sendiri tersungkur. Tergolek. Bergelak ketawa dalam post facebook, status dan sebagainya. Dia yang mengajar orang, berhujah, "Jadilah wanita yang berada di taman larangan". Tapi diri sendiri dah berkawan-kawan dengan perempuan. Dah kacau bunga-bunga indah yang baru nak belajar tumbuh dari tanah rumput ini. Sibuk berqasidah, mengikut sunnatullah tetapi diri sendiri tak menggunakan perkataan yang indah dalam perbualan di media sosial ->Facebook. Apa yang lebih memberi kesalan ialah dia seorang pendakwah yang lantang berbicara di hadapan. Ketahuilah. Perkataan anda yang kesat-kesat itu boleh menjadi fitnah kepada pendakwah-pendakwah lain di luar sana. Tolong, jangan buat lagi... Mana tarbiah anda selama ini? Mana sunnah Rasulullah yang diagungkan? Mana amal dalam ayatul Qur'an yang dialunkan dulu? Mana dia yang dahulunya tegar dalam menjaga ikhtilatnya? Mana? Ya Allah, jadikanlah kekesalan ini sebagai ingatan bahawa-- Kaulah Cinta hati kami. Kaulah destinasi kami. Dan hanya kepada Kaulah kami kembali. Astaghfirullahalazim....Sebab itu hati ini kena selalu ditarbiah. Selalu menghadiri tazkirah ataupun ceramah daripada pendakwah bebas mana-mana. Paling tak pun tunggu depan tv menonton siaran Tanyalah Ustaz, 30 minit Bersama Ustaz Don, Al-Kuliyyah dan mana-mana rancangan indah berunsur islamik. Itu makanan rohani, makanan jiwa yang kosong dan rindukan RabbNya.. Bila sedar diri macam dah kosong balik, cepat-cepat sedar dari lembah kekosongan. Kalau boleh, tampar-tampar dan cubit-cubit diri andai terasa malas berbuat kebaikan. Ingat, kasih sayang, redha Allah yang menanti. Ingat syurga di sana nanti. Post ini bukan tujuan mengaibkan sesiapa. Ia hanyalah demi mengetuk pintu kesedaran saya dan anda. Semoga sentiasa berkehendakkan kepada tarbiah. Agar hati ini sentiasa mekar dengan bunga-bunga cinta daripada Allah. Semoga kita kuat menjaga iman ini, iman yang sekadar nipis kulit bawang ini.. Amin, Ya Rabb.. Bila Allah Panggil, Jawab..
Friday, 8 November 2013 @ 23:26 | 0 Comment [s]
Assalamualaikum, apa khabar imanku agaknya?
Bila Allah panggil, jawab.
Adakala iman manusia itu tinggi. Hari-harinya diisi dengan
perkara-perkara yang mendekatkan diri kepada Allah. Lidahnya basah
dengan zikir, istighfar. Tak henti-henti memuji namaNya. Azam di hati
menggunung untuk berusaha mencari jalan untuk kebahagiaan ukhrawi
(akhirat). Rasa cinta pada Allah tidak berbelah bahagi. "Dating" dalam
solat jarang sekali lewat. Kadang-kadang teruja sebab tak sabar nak
bertemu kekasih sejati yakni Allah yang memerhati.
Tapi, ada masanya manusia itu imannya lemah. Rebah. Kadang-kadang sikit
lagi je iman tu nak golek-golek masuk longkang. Sebab lemah sangat.
Lepas tu mulalah rasa sedih di hati. Hati mula rasa kosong...
Rasa kosong tu Allah yang beri. Tandanya masih ada 'respons' daripada
Illahi. Tanda bahawa Dia tidak pernah lupa pada kita dengan mengirimkan
rasa kosong tu sebagai bingkisan kasih sayang. Agar kita dapat sedar
dengan 'kekosongan' pada rohani ini lalu minta bantuan Allah untuk
keluar daripada kepompong kesunyian ini. Sunyi kerana lemah dan lalai
dalam mengingati Illahi.
Cepat-cepatlah gapai Al-Qur'an. Basahkan lidah dengan zikir-zikir
(peringatan) daripada kalam CINTA DARIPADA ALLAH. Cuba baca dan selami
maksud dalam ayat Qur'an tu. Hatta ayat tentang peperangan skalipun
sebenarnya Allah ada selitkan kata-kata hikmah yang dapat
diinterpretasikan dalam hidup kita. Hakikatnya, sentiasa ada 'bahagian'
untuk kita.
Cubalah kejar solat di awal waktu. Bacaan Al-Qur'an. Sedekah apabila
Allah temukan kita kepada orang yang betul-betul memerlukan. Berbuat
baik dengan mak ayah. Bantu kawan-kawan yang 'terleka' dengan keindahan
dunia. Cuba tarik mereka dengan lemah lembut agar sama-sama ingat
ganjaran Allah di sana. Sama-sama mohon agar Allah redha, sayang, suka
semua yang kita buat di muka bumi ini. Semata-mata untuk berhamba
denganNya dengan sesempurna yang mampu.
Kita beriman kepada Allah BUKAN SEBAB TAKUT KEPADA ALLAH. Kita beriman
kepada Allah sebab kita percaya, ada Allah untuk beri kita ganjaran masa
afterlife nanti (hidup selepas mati). Kalaulah kita tengok ada
slideshow real, depan mata, tentang keindahan-keindahan dan nikmat di
syurga, nescaya kita tak nak langsung segala keindahan yang sementara di
dunia ni. Tapi, Allah tak buka terus rahsia syurga itu. Sebab Dia nak
uji, sejauh mana kita akan percaya dan berusaha kepada benda yang kita
tak nampak.
Tapi, mesti ingat. Ada dua ja pengakhiran nanti. Syurga atau neraka. Tak ada tengah-tengah. Nak masuk syurga bukan senang. Nak masuk neraka, senang. Tapi, takkan nak yang senang tu, beh tu sengsara sampai bila-bila. Kena ingat, tak ada dah hidup lepas tu~ :) Bila Allah panggil untuk mendekatiNya, cepat-cepat sedar. *Sesungguhnya peringatan yang terbaik ialah mengingati mati.. Doakanlah saya juga agar tak lama sangat jatuh dalam kegersangan hati andai dah lama lupa pada Allah.. Nauzubillah.. Doakan agar Dia selalu ada untuk menarik saya selalu agar jatuh cinta padaNya. Amin.. Moga-moga Dapat Lelaki Alim
Monday, 9 September 2013 @ 02:23 | 0 Comment [s]
Dengan nama Allah...
"Kawin cepat-cepat
okey?"
"Kawin nanti
moga-moga dapat lelaki alim!"
Erk.. Terkedu kejap. Kawin? Sungguh, aku tak suka sangat membincangkan bab kahwin. Memang awal-awal tu hati rasa berbunga-bunga. Nak kawin dengan laki alim. Yang berjubah. Yang akhlaknya cantik. Dan paling penting, imannya kuat. Tapi sekarang, tak berapa suka. I mean, tak suka. Seriously. Bila iman yang kawal nafsu, semua insyaAllah boleh balik ke pangkal jalan. Mula sedar apa tujuan hidup di dunia ni. Untuk buat baik saja ke? Atau jadi abdi Allah yang ikut tuntutan dan arahannya sampai nyawa ditarik. Diri ni sedar tak banyak ilmu untuk membicarakan tentang ni. Tentang keimanan, ketakwaan. Tapi, kita semua pelajar, kan? Sambil menuntut ilmu dunia, jangan lupa UTAMAKAN ilmu akhirat. Dan dalam menjadi seorang pelajar, ada salah silapnya sendiri. Kadang-kadang tertidur dalam kelas. Kadang-kadang salah faham. Kadang-kadang lupa apa function dia berada dalam medan pembelajaran ni. Kadang-kadang pula sangka dia cukup 'pandai' untuk tak belajar lagi.. Adess.. Pedas.. Macam tu jugak kita sebagai 'pelajar' hatta pengabdi kepada Allah. Kita belajar menaati suruhannya, Kita ingatkan diri yang kadang-kadang terlupa mendahulukannya dalam setiap perkara. Setiap perkara. Dari bernafas sampai henti nafas cukupkah engkau melaksanakan tuntutannya. Perintahnya. Setiap perintah Allah ialah wajib! Okey, balik pulak kepada tajuk. Tak salah berangan nak suami jenis apa. Yang kaya tapi iman kuat, bleh beri zakat semua. Yang beriman dan hatinya untuk Allah sahaja. Tapi, fikir sejenak. Layakkah kita fikir semua tu sedangkan semua perintah Allah belum dituruti? Layakkah sebelum kau bertindak, usaha sebagai pendakwah lillahitaala. Lillahitaala, kalau mati sekarang pun sedia smuanya. Kepada siapa yang bertanya soalan atau berbicara pasal kahwin, sungguh, aku tak suka. Ini yang selalu dilontarkan.... "Wallahualam. Tak pasti kami hidup lagi masa tu. Entah-entah dah masuk kubur.." "Eh, tak baikla cakap pasal mati" Sahabatku, bukankah hati ini patutnya lebih baik mengingati mati? Bukan meminta kau bersedih, tapi meminta kita semua sendiri kembali pada tujuan asal kita di dunia ini. Kalau terlebih ketawa, jangan lupa istighfar. Jangan biar tawa kita lebih banyak daripada zikir kerana Allah. Jangan!! Tak salah kalau impi nak kawin dengan lelaki alim ke apa. Tapi, jangan asyik diutarakan dalam perbualan atau hati. Suarakan ia dalam doamu. Tapi tolong, pinta agar Dia meredhaiMu, cinta dan jaga Mu lebih-lebih lagi. Kemudian, barulah berdoa untuk suami yang boleh bawa kita ke syurgaNya kelak. Insya Allah :)... Assalamualaikum. |
<center><embed align="middle" allowscriptaccess="always" height="125" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" quality="high" src="http://aminswf.webs.com/BannerFaqihahHusni.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="125" wmode="transparent"></embed></center><center>
Copy the codes and paste it on your blog. |